Login



My Twitter

    The Guests

    Bilangan Pengunjung hari ini ialah 8 orang manakala bilangan pengunjung sejak July 5, 2009 ialah seramai 3795 orang.
    1 0 Archive | Projek RSS feed for this section
    Images

    Video Klip Iftitah

    Video Klip Iftitah

    Assalamualaikum warahmatullah.

    Di bawah adalah klip video lagu Iftitah, projek bersama saya dengan Dhuat. Saya terlibat secara langsung dalam menghasilkan lirik bagi lagu ini. Versi asal lagu ini dinyanyikan oleh Saudara Ahmad dan kemudiannya, diberi nafas yang lebih segar oleh kumpulan Duo Ikhwah.

    Anda boleh menatap klip video Iftitah di bawah:

    Iftitah, secara ringkasnya merupakan sebuah lagu yang mengajak manusia untuk menyedari makna kewujudan mereka serta menyedari akan potensi yang telah dikurniakan buat mereka. Iftitah menyeru agar manusia menyempurnakan tugas mereka sebagai khalifah Allah (…engkau dicipta menjadi Khalifah-Nya) dan bersungguh-sungguh membina diri mereka sebagai hamba dan manusia yang berjaya.

    Iftitah adalah lagu yang mendidik dan memotivasi jiwa. Justeru dengarkanlah…

    Iftitah

    Lirik: Cpol
    Komposer:Ahmad Dhuat
    Vocal:DUO-Ikhwah
    Album: Hidup!
    Jurutera Bunyi:Romeo
    Studio Rakaman:Hizbi Studio

    kenali dirimu, apa tujuanmu
    yang setitis itu, apakah engkau tahu

    azan bergema, menyapa di telinga
    lahirlah manusia bersama taqdirnya…
    pandanglah wajah, megah ciptaan-Nya
    engkau dicipta, menjadi khalifahnya

    bukan sekadar, melata di dunia
    memimpin manusia,alam seluruhnya…

    c/o
    perkasakan jiwa, setinggi angkasa
    semangat di dada, biarkan menjelma
    serlahkan segalanya, maralah melangkah

    binakan diri, apa yang kauleka
    masa berharga, selami dalamnya
    harungilah dunia dengan sesungguhnya…

    Anda juga boleh menonton video klip ini di facebook (atau di sini).

    Terima kasih buat Saudara Ahmad yang terus-menerus memberikan kepercayaan tuk saya berkolaborasi dengannya. Terima kasih buat semua yang menyukai dan sudi mendengarnya :-) .

    Wassalam.

    Tags:, ,

    Read full story →
    Images

    Matahati 2007

    Matahati 2007

    Matahati 2007 (jangan terkejut, ini lagu rock daawah, bukan nasyid)

    verse 1 bangunlah bersama sinar mentari setelah lama dibuai mimpi-mimpi

    verse 2 nafasmu bernoda kegembiraan cuma dalam bujukan mawar dunia tersesat di persimpangan

    Reff 1 engkau terus mengejar bayang-bayang bersama peribadi yang hilang hidup bertuankan nafsu

    Reff 2 masih ada waktu tuk kausedari hidupmu masih bererti belajarlah memandang dengan matahati

    verse 3 hidupmu bertuhan, syariat kan panduan tidakkah engkau fikirkan bangunlah ummahmu memerlukan

    verse 4 hulurkan tanganmu menegak kebenaran pandanglah dengan matahati kan kautemui perhentian pasti…

    Reff 3 nafasmu bernoda kegembiraan cuma dalam bujukan mawar dunia tersesat di persimpangan

    Reff 4 engkau terus mengejar bayang-bayang bersama peribadi yang hilang hidup bertuankan nafsu

    *(Mumbling) masih ada waktu tuk kausedari hidupmu masih bererti belajarlah memandang dengan matahati kan kautemui perhentian pasti…

    hidupmu bertuhan, syariat kan panduan tidakkah engkau fikirkan bangunlah ummahmu memerlukan

    hulurkan tanganmu menegak kebenaran pandanglah dengan matahati kan kautemui perhentian pasti…

    Kredit:

    Prosa:Cpol Ritma:Azhar/Ahmad

    Penyusun Musik:Azhar Lead Guitar:Yen Bass/Rhythm:Azhar Drum Programming:Azhar Vokal:Ahmad

    Genre musik :”Sajak Grunge” Tarikh rakaman musik: 1998 atau 1999 lupala.. Tarikh Rakaman vokal: 2005 Recording/Mixing/Mastering Engineer:Ahmad

    Penerbit:Cpol/Ahmad Album:Pesanan Kepada Dunia

    Tags:, ,

    Read full story →
    Images

    Projek Baru

    Projek Baru

    Assalamualaikum warahmatullah.

    Saya sekarang sedang sibuk dengan projek baru. Saya telah diberikan tugas untuk merekabentuk banting untuk sebuah organisasi. Banting tersebut bersaiz 2′ x 5′ dan akan digunakan sempena menyambut kemasukan murid-murid pada sesi persekolahan nanti.

    Semenjak saya kenal dengan Photoshop CS3, saya lebih gemar bermain-main dengannya ketika melakukan design berbanding menggunakan CorelDraw (yang kini menjadi perisian pembantu). Dengan Photoshop, saya bebas berimaginasi dan menghasilkan kesan grafik ke atas kanvas, manakala CorelDraw pula membantu dari aspek menghasilkan bentuk-bentuk vektor.

    Di bawah adalah hasil akhir rekabentuk banting yang menunggu masa untuk dicetak:

    'footer'

    motif

    wording

    Imej saiz penuh? Hmm… mungkin selepas selesai dicetak kot :-) Mungkin anda akan dapat melihatnya di galeri design saya nanti.

    Insya Allah, saya akan kembali menulis setelah semua kerja akhir projek ini disiapkan (memandangkan kepala masih berserabut lagi) nanti.

    Wassalam.

    Tags:

    Read full story →
    Images

    Mantra Buana Karya Saya

    Mantra Buana Karya Saya

    Assalamualaikum warahmatullah.

    Tidak saya sangka, akhirnya saya dapat menatap (dan mendengar sepuas-puasnya) lirik yang saya hasilkan lebih setahun yang lalu dalam bentuk lagu yang siap. Sungguh, selama tempoh itu, saya ternanti-nanti bagaimana hasilnya, percubaan pertama saya dengan komposer Enai.

    Saya hanya mengenali Enai menerusi sahabat saya yang juga boss merangkap guru saya dalam bab-bab musik ni – Amad. Tapi sebenarnya, saya adalah seorang yang langsung tidak mengetahui apa-apa tentang nota musik.

    Mantra Buana Saya dan Enai

    Sehinggalah diberitakan oleh Amad, barulah saya menyedari akan kemunculan lagu Mantra Buana di blog Enai (Sajakiri). Lagu tersebut, dihasilkan dengan kaedah yang cukup berbeza dengan lagu-lagu lain, saya diberikan lagu yang sudah siap untuk dimasukkan liriknya! Ini adalah percubaan pertama saya menghasilkan lirik, memaksa otak untuk cuba memasukkan perkataan dan makna ke dalam irama yang telah lengkap.

    Alhamdulillah, setelah setahun, akhirnya lagu ini (beserta video Youtube’nya’) disiarkan di internet.

    Music : Zainal Zulia
    Lyrics : Cpol
    Performed by : Sajakiri

    Apalah maknanya mekar dan pesona
    Tersirat suramnya warna yang berbeza

    Fenomena cinta indahnya bak permata kilaunya sebentar
    Natijah duka debu yang tersisa suram
    Dan sengsara

    Insani terlena di penghujung senja
    Sesat di dunia tirani tak bernama

    Bangun dan bukalah matamu dan minda
    Jiwa yang merdeka

    Dan makna…bahagia pada..Yang Mencipta (Cinta)

    Usah diragukan mawar di jendela sinar cahayanya
    Bukan lagi sinar subur dan berbunga menyeri buana

    Apa Kata Enai

    Berikut pula adalah komentar Enai berkenaan dengan penghasilan Mantra Buana:

    The Song
    The music inspired from a mixture of “This Love” (Maroon 5), and “How Many Miles to Babylon” (Yngwie Malmsteen). I attempted to write a funky yet heavy song, and this is the result.

    The synthesizer in the middle & the end was heavily influenced from Dewa 19.

    The Lyrics
    To be honest, I’m not quite comprehend what was Cpol trying to say here(maybe he can drop a comment here). But I do understand the ‘feel’ of the lyrics, (like something BIG and mysterious), which resulted me to do the ‘Tsunami’ video.

    The Video
    This is my first-ever creation with Windows Movie Maker. It was kind of amateur work, and i know it could be done better. And I did realise my expression in music was better than in visual, as I think the whole picture is just ‘tangkap muat’.

    Nevertheless, just enjoy the show.

    Wallahu A’lam.

    Music : Zainal Zulia
    Lyrics : Cpol
    Performed by : Sajakiri

    Apalah maknanya mekar dan pesona
    Tersirat suramnya warna yang berbeza

    Fenomena cinta indahnya bak permata kilaunya sebentar
    Natijah duka debu yang tersisa suram
    Dan sengsara

    Insani terlena di penghujung senja
    Sesat di dunia tirani tak bernama

    Bangun dan bukalah matamu dan minda
    Jiwa yang merdeka

    Dan makna…bahagia pada..Yang Mencipta (Cinta)

    Usah diragukan mawar di jendela sinar cahayanya
    Bukan lagi sinar subur dan berbunga menyeri buana

    Tags:,

    Read full story →
    Images

    Filsuf Sufi Promo

    Filsuf Sufi Promo

    Assalamualaikum warahmatullah.

    Rakan saya, Amad, menulis entri terbarunya bertajuk ‘Filsuf Sufi Setakat Ini’. Entri tersebut berkaitan dengan pelancaran album baru Dhuat – Filsuf Sufi – yang dijangkakan tidak lama lagi.

    Album ini memuatkan beberapa buah lagu ciptaan/ciptaan bersama beberapa nama seperti Cpol, Ahmad, Albazrah, AlQasam.

    Berikut adalah petikan entri beliau.

    Filsuf Sufi Setakat Ini

    Setelah lagu-lagu (Filsuf Sufi) ini terperap lebih kurang setahun, saya berhasrat untuk menjualnya. Album sebelumnya, yang dijual pada tahun lepas, Revolusi Pejuang Sejati, alhamdulillah kebanyakannya terjual walaupun dicetak pada kadar yang sedikit.

    Kali ini mungkin berbeza, moga ianya menjadi ’soundtrack’ anda untuk pulang ke kampung halaman… Antara penulis yang terlibat dalam projek ini… Cpol,Ahmad,Albazrah,AlQasam.

    Artis yang terlibat pula Dhuat dan disertakan juga rakaman lagu ciptaan dhuat/cpol yang dinyanyikan oleh Arraid (Hidup Pasti Melangkah) serta Duo-ikhwah (iftitah). Lagu yang terdapat di dalam album ini adalah seperti berikut:

    • Karya Tuhan
    • Serulah Nama Tuhan
    • iftitah
    • DOa
    • lafazkanlah rindu
    • Ya ALLAH
    • La Tahzan V2
    • AbiG3
    • Hidup Pasti Melangkah
    • Karya Tuhan-akustik

    Sekian adanya…

    Selamat membeli.

    Tags:, ,

    Read full story →
    • Articles
    • Images
    • Quotes
    • Videos
    • Audio
    • Links